Presiden Korea Selatan ke Pyongyang hadiri sidang kemuncak


Berita tentang Presiden Korea Selatan Moon Jae-in ke Pyongyang, Korea Utara hari ini bagi menghadiri sidang kemuncak antara Korea kali ketiga, disiarkan menerusi televisyen di Korea Selatan. – Gambar EPA, 18 September, 2018.

PRESIDEN Korea Selatan Moon Jae-in berangkat ke Pyongyang, Korea Utara hari ini bagi menghadiri sidang kemuncak bersama pemimpin negara itu, Kim Jong-un.

Ia pertemuan ketiga bersama Jong-un bertujuan menyambung semula rundingan berhubung penamatan sepenuhnya program nuklear dan peluru berpandu antara Utara dan Amerika Syarikat (AS) yang tertangguh.

Pesawat yang membawanya berlepas dari pangkalan udara Seoul dan dijangka tiba di ibu negara Korea Utara masa 80 minit. – AFP, 18 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen