Kumpulan anarki serang Kedutaan Iran di Athens


Kumpulan Rubicon melakukan beberapa serangan serupa sejak beberapa tahun lalu, menyerang kedutaan, syarikat dan bangunan awam menyebabkan kerosakan tetapi tiada kecederaan dilaporkan. – Gambar AFP, 17 September, 2018.

SEBUAH kumpulan anarki menyerang Kedutaan Iran di Athens pada pagi Isnin, memecahkan tingkap dan menyembut cat merah ke lamannya ketika satu protes terhadap layanan Tehran kepada penduduk Kurdish, kata polis.

“Serangan itu didakwa dilakukan kumpulan Rubicon,” kata pegawai polis kepada AFP.

Masih tiada tangkapan dibuat.

Serangan itu dilakukan oleh hampir 10 ahli kumpulan itu sekitar jam 0300 GMT bersenjatakan batang besi, menyerang pengawal dan memecahkan tingkap bilik menunggu.

Tiada siapa yang cedera dalam kejadian itu, kata polis.

Dalam kenyataan di internet, kumpulan Rubidon mendakwa serangan itu sebagai solidariti kepada “Kurdish Iran”.

Kumpulan Rubicon melakukan beberapa serangan serupa sejak beberapa tahun lalu, menyerang kedutaan, syarikat dan bangunan awam menyebabkan kerosakan tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Pada Ogos, ahli kumpulan itu menyerbu Kedutaan Austria membantah cadangan Vienna untuk menambah hari bekerja. – AFP, 17 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen