7 maut, 5 koma kerana dadah di pesta musik Vietnam


Mangsa, semuanya warga Vietnam semua diuji positif dadah, kata Timbalan Pengarah Polis Hanoi Nguyen Van Vien. – Gambar AFP, 17 September, 2018.

TUJUH maut dan lima lagi dalam koma selepas mengambil dadah di sebuah pesta musik di Hanoi pada Ahad, kata pegawai ketika siasatan masih berjalan untuk mengenal pasti jenis dadah itu.

Mangsa, semuanya warga Vietnam “semua diuji positif dadah,” kata Timbalan Pengarah Polis Hanoi Nguyen Van Vien kepada wartawan pada Isnin.

“Polis sedang cuba mengenal pasti jenis dadah terlibat,” tambahnya. – AFP, 17 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen