Singapore Airlines tawar cuti tanpa gaji pada kru


Singapore Airlines menawarkan skim cuti tanpa gaji kepada 8,200 anak kapalnya sebagai langkah syarikat itu mengurangkan kos. – Gambar AFP, 4 Ogos, 2017.

SINGAPORE Airlines hari ini berkata ia menawarkan skim cuti tanpa gaji kepada anak kapalnya sebagai langkah syarikat itu mengurangkan kos ketika ia berusaha untuk bertahan dalam pasaran yang semakin sukar pada masa ini.

Syarikat penerbangan negara itu terpaksa bersaing dengan syarikat penerbangan terbang murah negara Asia dan Timur Tengah, yang kini menawarkan pesawat moden dengan perkhidmatan dalam pesawat yang berkualiti.

Syarikat itu yang mengalami kerugian pada suku keempat tahun kewangan lalu menjalankan kajian semakan semula dan enggan mengetepikan kemungkinan akan berlaku pemberhentian kerja.

Syarikat itu menawarkan opsyen mengambil cuti tanpa gaji kepada anak kapal antara September dan November tahun ini susulan syarikat itu berdepan situasi kakitangan berlebihan.

Jurucakap syarikat itu berkata rancangan menawarkan opsyen itu akan dibuat dari masa ke masa.

Singapore Airlines tidak memaklumkan berapa ramai daripada 8,200 anak kapalnya yang sudah menerima tawaran dalam skim itu. – AFP, 4 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen