Rakyat Malaysia perlu lebih kritikal pada PRK Port Dickson, kata Bersih 2.0


Calon PKR Anwar Ibrahim akan bertanding di Port Dickson untuk membolehkan beliau kembali bertugas di Parlimen. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 September, 2018.

PERDEBATAN lebih meluas terhadap sistem pilihan raya dan pemilihan calon perlu dilaksanakan susulan rungutan orang ramai terhadap pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson, kata kumpulan pemerhati Bersih 2.0.

Dalam kenyataannya hari ini, Bersih 2.0 menggesa calon PKR untuk PRK Port Dickson, Anwar Ibrahim untuk menyatakan pendirian mengenai sistem undian pemenang undi terbanyak ( first-past-the-post atau FPTP) atau mencari alternatif lain untuk proses pengundian tersebut.

“Bersih 2.0 menggesa perdebatan diadakan bagi pelaksaaan sistem FPTP dan proses pemilihan calon.

“Ini merupakan masa terbaik buat rakyat Malaysia untuk mempertimbangkan dan Anwar untuk menyatakan pendirian sama ada kita mahu meneruskan pemilihan wakil rakyat untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi sistem FPTP atau jika beralik kepada sistem Campuran Ahli (Mixed Member)  dengan membolehkan pemilihah dibuat menerusi Parti Menyenaraikan Perwakilan Berkadar (List-PR),” kata Bersih 2.0.

Menurut Bersih 2.0, peletakan jawatan Danyal Balagopal Abdullah sebagai Ahli Parlimen Port Dickson menunjukkan kesukaran untuk sistem FPTP membenarkan parti mengubah barisan kepimpinan.

“Disebabkan mandat FPTP adalah peribadi, sistes yang sedia ada perlu melaksanakan PRK apabila berlaku kekosongan sama ada penyandangnya mengalami sakit atau kemalangan, menyebabkannya hilang upaya, hilang kelayakan atau meletak jawatan.”

Kumpulan pemerhati Bersih 2.0 berkata sistem pemilihan FPTP sering mencetuskan rasa tidak puas hati, boikot dan sabotaj di peringkat cawangan apabila calon yang diketengahkan tidak menepati pilihan mereka. – Gambar EPA, 17 September, 2018.

Bersih 2.0 berkata calon untuk sistem FPTP perlu dipilih daripada akar umbi cawangan parti, bukannya ibu pejabat (pusat parti).

“Di Britain, sistem FPTP masih lagi digunakan. Penamaan calon dibuat oleh ibu pejabat parti berdasarkan senarai Perwakilian Berkadar.

“Pilihan Raya Umum ke-14 menyaksikan ramai calon baharu dikemukakan oleh parti Barisan Nasional dan Pakatan Harapan pada minit-minit akhir atau tidak mengikut kehendak cawangan parti.

“Amalan tidak demokratik itu sering mencetuskan rasa tidak puas hati, boikot dan sabotaj,” kata Bersih 2.0.

Kumpulan itu turut mempersoalkan sekiranya dakwaan kewujudan amalan nepotisme dan kronisme boleh dielakkan apabila pemilihan calon dibuat tidak telus.

“Selain melihat kepada politik keluarga Anwar, persoalan yang lebih besar adalah ketidaktelusan pemilihan calon di hampir semua parti di Malaysia.

“Bersih 2.0 meminta rakyat Malaysia lebih kritikal pada PRK Port Dickson, tetapi pengawasan mereka perlu meliputi kecacatan pada sistem (pemilihan) bukannya kepada calon,” katanya. – 17 September, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen