Suami isteri beli majalah Time pada AS$190 juta


Majalah TIME dibeli oleh Pengerusi Salesforce.com, Marc Benioff dan isterinya, Lynne pada harga AS$190 juta (RM786 juta). – Gambar EPA, 17 September, 2018.

PENGERUSI Salesforce.com, Marc Benioff dan isterinya, Lynne akan membeli majalah TIME pada harga AS$190 juta (RM786 juta), menurut kenyataan syarikat itu hari ini.

“Pembelian Time oleh pasangan Benioff tiada kaitan denngan Salesforce.com, di mana Encik Benioff adalah pengerusi, pengasas dan CEO,” kenyataan itu menyebut.

Meredith Corp pada Mac mengumumkan sedang mencari pembeli bagi empat majalah termasuk Time, Fortune dan  Sports Illustrated yang dibeli kurang daripada empat bulan lepas.

Menerusi pembelian ini, Benioff menyertai satu lagi bos besar dalam industri teknologi iaitu pemilik Amazon, Jeff Bezos yang juga memiliki akhbar beprestij, Washington Post. – AFP, 17 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen