Amazon siasat dakwaan kakitangan jual data


Pihak pengurusan Amazon akan mengambil tindakan tegas kepada pekerja terlibat dalam kes kebocoran maklumat. – Gambar EPA, 17 September, 2018.

AMAZON mengesahkan pada Ahad, ia sedang menyiasat dakwaan terdapat kakitangannya menjual data sulit pelanggan kepada pihak ketiga terutama syarikat di China.

Menurut laporan The Wall Street Journal (TWSJ), yang tidak memberikan sebarang angka, kakitangan syarikat peruncit dalam talian itu menjual data dalaman dan maklumat rahsia - biasanya melalui orang tengah - kepada peniaga yang menjual barangan mereka di laman sesawang gergasi Amerika Syarikat itu.

Di Amazon, pelanggan boleh membeli produk yang dijual secara terus oleh syarikat itu bersama barangan daripada ramai penjual lain.

Perkara itu disiasat di bawah pelanggaran dasar syarikat. Ia menjadikan kes orang tengah di Shenzhen yang bekerja untuk sekumpulan pekerja dan menjual maklumat mengenai jumlah jualan bagi harga AS$80 hingga AS$2,000.

Jurucakap Amazon memberitahu AFP dalam satu kenyataan ringkas syarikat itu “melakukan siasatan menyeluruh mengenai dakwaan ini.”

“Kami mempunyai toleransi sifar terhadap penyalahgunaan sistem kami dan jika kami mendapati pelaku yang terlibat dalam perbuatan ini, kami akan mengambil tindakan pantas terhadap mereka, termasuk menamatkan akaun jualan mereka, memadamkan ulasan, menahan dana, dan mengambil tindakan undang-undang,” kata kenyataan itu.

Ulasan palsu oleh pelanggan yang dikatakan adalah antara perkara utama siasatan dalaman, menurut WSJ, yang mengatakan Amazon sudah menyiasat sejak berbulan lamanya.
Amazon menggajikan kira-kira 560,000 orang pekerja di seluruh dunia. – AFP, 17 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen