Myanmar lancar operasi buru banduan terlepas


Kejadian itu berlaku pada pagi Ahad apabila banduan merampas trak yang memasuki Penjara Hpa-An di timur negeri Karen. – Gambar AFP, 16 September, 2018.

POLIS Myanmar sedang memburu berpuluh banduan yang melarikan diri dari penjara dengan merampas sebuah trak dan merempuh pagar penjara dalam satu kejadian gempar pada Ahad, kata pegawai.

Kejadian itu berlaku pada pagi Ahad apabila banduan merampas trak yang memasuki Penjara Hpa-An di timur negeri Karen.

“Mereka menyerang pegawai penjara, mencederakannya dan memandu trak keluar penjara,” kata pegawai Khin Thet Mar kepada AFP.

Memetik laporan bercanggah daripada pegawai polis dan penjara, beliau berkata trak itu memasuki kawasan penjara sama ada untuk menghantar pasir dan batu bata ke kawasan pembinaan atau membawa keluar sampah.

Banduan merempuh pagar penjara, katanya.

Khin Thet Mar memberi amaran kepada penduduk tempatan untuk menghubungi pihak berkuasa sekiranya ada orang asing muncul di perkampungan mereka.

Empat puluh satu banduan melarikan diri, menurut Ketua Polis Daerah Aung Myat Moe, tetapi tiga berjaya ditangkap semula ketika operasi memburu mereka dilancarkan. – AFP, 16 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen