PRESIDEN AS Donald Trump memutuskan untuk mengenakan tarif ke atas import barangan China bernilai AS$200 bilion dan dijangka membuat pengumuman dalam masa terdekat, lapor media AS.
Memetik sumber tidak mahu dikenali, The Washington Post dan Wall Street Journal melaporkan tarif itu akan ditetapkan pada kadar 10%.
Trump sudahpun mengenakan tarif 25% ke atas besi import dan 10% ke atas aluminium, serta 25% ke atas barangan bernilai AS$50 bilion dari China.
Pengenalan tarif terbaru itu boleh menghancurkan harapan meredakan ketegangan perdagangan antara Washington dan Beijing.
Khamis lepas, China menyambut tawaran AS untuk mengadakan perbincangan baharu mencetuskan harapan yang dua negara kuasa besar ekonomi itu tidak akan terjebak dalam perang perdagangan yang boleh memberi kesan buruk kepada dunia. – AFP, 16 September, 2018.
Komen