Selepas gempa, Lombok dilanda wabak malaria


Lombok dilanda gempa kuat dan gempa susulan sejak Julai lalu. Ribuan masih berada di pusat pemindahan, menyebabkan wabak malaria mudah merebak. Musim hujan dijangka bermula bulan depan diramal memburukkan keadaan. – Gambar EPA, 16 September, 2018.

WABAK malaria yang menjangkiti 137 orang di Kepulauan Lombok, Indonesia selepas ia dilanda beberapa gemba bumi sejak beberapa bulan lepas, kata pegawai pada Ahad.

Gempa bumi dan gempa susulan sejak Julai lalu sudah mengorbankan 500 orang dan memaksa ribuan dipindahkan.

Kesannya, dua kali ganda kes malaria dicatatkan berbanding tempoh sama tahun lepas, menyebabkan kerajaan Lombok Barat mengisytiharkan darurat kesihatan.

Antara 137 yang dijangkiti termasuklah kanak-kanak dan wanita hamil.

Kerajaan sudah mengambil langkah menghalang penyebaran wabak itu dengan mengambil sample darah, mengedarkan kelambu dan semburan racun.

Ketua pusat pemindahan Lombok Barat, Fauzan Halid memberitahu AFP mereka hanya mempunyai 3,000 kelambu sedangkan keperluan adalah 10,000.

Pengisytiharan darurat kecemasan membolehkan Lombok Barat meminta 3.4 bilion rupiah (AS$230,000) daripada kerajaan daerah dan pusat untuk berdepan krisis itu.

Musim hujan di Indonesia dijangka bermula bulan depan, menimbulkan kebimbangan ia akan memburukkan wabak. – AFP, 16 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen