Taufan Mangkhut ragut 25 nyawa di Filipina


Angin kencang dan hujan lebat yang dibawa Taufan Mangkhut memberi banyak kerosakan kepada kediaman penduduk serta menjejaskan kemudahan bekalan elektrik dan memutuskan rangkaian jalan raya. – Gambar EPA, 16 September, 2018

SEKURANG-kurangnya 25 orang terbunuh akibat Taufan Mangkhut di Filipina selepas rumah mereka dibadai dan tenggelam dalam banjir.

Taufan berkenaan kini dilaporkan menuju ke perairan China. 

Taufan besar yang disifatkan sebagai yang paling kuat tahun ini, menyebabkan kawasan pertanian di kepulauan Luzon tenggelam dan angin kencang menyebabkan pokok tercabut dari tanah serta hujan lebat menjadi punca tanah runtuh.

Berikutan komunikasi dan bekalan elektrik terputus di seluruh kawasan yaa=ng mempunyai kira-kira lima jut aoenduduk di laluan taufan berkenaan, pihak berkuasa masih mendapatkan jumlah sebenar kos kerugian. 

Di utara pekan Baggao, taufan menyebabkan banyak rumah peduduk musnah, pokok tumbang dan bekalan elektrik terputus. Sesetengah jalan raya terputus berikutan tanah runtuh. 

Lebih 105,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka kebanyakannya di kawasan luar bandar. – AFP, 16 September, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen