Patriot mahu PAS henti upacara perbarisan hormat


Presiden PAS Abdul Hadi Awang sedang memeriksa perbarisan hormat pasukan seragam parti itu ada pembukaan Muktamar Tahunan PAS ke-64 di Kuala Terengganu, semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 September, 2018.

ACARA Presiden PAS Abdul Hadi Awang memeriksa barisan hormat pasukan seragam parti pada kongres tahunannya yang menyerupai pakaian rasmi Angkatan Tentera Diraja Malaysia dikecam Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot).

Dalam satu kenyataan hari ini, presiden kumpulan veteran tentera, Mohamed Arshad Raji menyeru Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri bertindak terhadap kejadian itu sebelum “keadaan tidak dapat dikawal”.

“Ia mengejutkan dan rasa tidak percaya di kalangan veteran,” kata bekas pegawai itu.

“Sebelum perkara itu tidak dapat dikawal, Patriot menggesa Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Menurut Arshad kejadian itu berlaku semalam semasa Muktamar Tahunan PAS ke-64 di Kuala Terengganu.

Arshad menyatakan di bawah Seksyen 140 Kanun Keseksaan, adalah suatu kesalahan bagi sesiapa yang tidak berada dalam perkhidmatan tentera memakai sebarang pakaian atau apa-apa sahaja yang digunakan oleh tentera.

“Pakaian tentera biasanya nombor 1 dipakai semasa acara atau peristiwa yang sangat penting.

“Kawad hormat dalam tentera dan polis, dibuat dalam pakaian upacara penuh, biasanya dilakukan sebagai tanda menghormati raja, perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri pertahanan, dan jeneral,” jelas Arshad. – 16 September, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Mat Sabu - - - - - apa ini ?

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh TC BOY · Ulasan