'Mariachi' tembak tiga orang di Bandar Mexico


Beberapa penyamar sebagai pemuzik mariachi (seperti dalam gambar) telah menembak mati beberapa orang di Plaza Garibaldi, Bandar Mexico. – Gambar EPA, 15 September, 2018.

BEBERAPA penyerang bersenjata pistol menyamar sebagai pemuzik mariachi membunuh tiga orang dan mencederakan tujuh yang lain di sebuah medan Bandar Mexico yang popular di kalangan pelancong, kata polis.

Tiga penyerang itu melepaskan tembakan sebelum pukul 10 malam semalam di Plaza Garibaldi yang dipenuhi orang.

Motif dan identiti penyerang terbabit belum dikenalpasti, namun kawasan itu terletak berdekatan dengan kejiranan Tepito. Sebuah kejiranan yang terkenal sebagai kawasan kartel beroperasi dan dianggap sebagai organisasi terbesar di ibu negara itu.

Mexico menyaksikan siri aktiviti keganasan sejak kerajaan mengerahkan tentera untuk membanteras kartel dadah pada tahun 2006.

Sejak itu, lebih 200,000 orang dibunuh termasuk rekod tahun lalu sebanyak 28,702 orang.

Sementara 37,000 orang lagi dilaporkan hilang. – AFP, 15 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen