SEORANG lelaki dan wanita warganegara Kuwait didapati bersalah menyerang pegawai kastam di Lapangan Terbang Utama Sri Lanka.
Mereka dijatuhkan hukuman enam bulan penjara dengan penangguhan hukuman selama lima tahun, kata seorang pegawai lapangan terbang itu pada hari Sabtu.
Pihak majistret menjatuhkan hukuman tersebut ke atas pasangan lelaki dan perempuan, masing-masing berusia 32 dan 29 tahun di samping denda 138,000 rupee (ASD860).
Mereka ditahan ketika cuba menyeludup anjing jenis Mastiff Burma ke dalam negara itu pada bulan Julai tanpa mengikut prosedur kuarantin. Wanita tersebut dirakam kamera CCTV menyerang pegawai kastam yang sedang menahan mereka.
Membawa masuk haiwan peliharaan ke dalam pulau itu tanpa kelulusan kuarantin boleh dihukum dengan rampasan binatang terbabit dan denda 100,000 rupee (ASD625).
Jurucakap kastam Vipula Minuwanpitiya berkata anjing peliharaan pasangan yang sebelum ini dirampas dipulangkan semula kepada pasangan tersebut untuk dibawa keluar dari pulau itu.– AFP, 15 September, 2018.
Komen