AHLI perniagaan Deepak Jaikishan mendakwa memiliki rakaman audio dan video bukti peguam Muhammad Shafee Abdullah dan Abdul Azeez Abdul Rahim
menyimpang keadilan dalam saman penyiasat persendirian P. Balasubramaniam.
Deepak yang membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi semalam berkata, Shafee diminta oleh Najib untuk mewakilinya dalam saman itu tanpa kerelaan peguam itu.
Katanya beliau turut memberi keterangan di mahkamah bahawa Shafee dipaksa oleh Najib.
Dalam laporan itu, beliau turut mendakwa bekas pengerusi Tabung Haji Azeez, campur tangan dalam saman yang difailan oleh balu Balasubramaniam berhubung pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
“Bekas perdana menteri dan keluarganya menggunakan kerajaan dan institusi kewangan untuk memaksa kehendak mereka menerusi ugutan dan ancaman,” kata Deepak dalam laporan itu.
Balu kepada Balasubramaniam, A. Santamil Selvi, bertindak menyaman Deepak bersama Najib, isterinya Rosmah Mansor dan enam yang lain
untuk kerugian akibat pembuangan mereka ke India pada tahun 2008.
Santamil Selvi berkata embuangan mereka dibuat selepas Balasubramaniam membuat pengisytiharan statutori kedua berhubung pembunuhan Altantuya, membebaskan Najib dan yang lain.
Dalam membalas saman itu, Deepak memfailkan kenyataan pembelaan pada Oktober tahun lalu yang mendakwa Najib dan Rosmah menjadi dalang pembuangan Balasubramaniam ke India.
Bagaimanapun, kenyataan pembelaan kedua difailkan untuk Deepak oleh Shafee, yang menyatakan Najib dan Rosmah tidak terlibat.
Deepa berkata Najib mengarahkan Shafee untuk menghalangnya daripada diperiksa balas terhadap kenyataan pembelaan yang bercanggah tiga kali.
__full.jpg)
Ini dibuat dengan memasukkan beliau (Deepak) ke hospital kerajaan dan hospital swasta di Lembah Klang, dan hospital swasta di New Delhi pada tarikh berlainan.
“Pada hari pemeriksaan balas, saya diminta bertemu Shafee di pejabatnya. Beliau meminta saya untuk tidak hadir dan meminta sijil cuti sakit kerajaan.
“Kerana saya berterusan diugut oleh Najib dan sekutunya, saya dipaksa ke UKM Cheras,” katanya.
Deepak berkata, Shafee memberitahu mahkamah beliau tidak dapat hadir kerana mengalami batuk berdarah, “yang mana adalah pembohongan” kerana tidak mahu beliau memberi keterangan.
Katanya, Azze turut bertemunya di pejabat Shafee dan memberi amaran kepadanya mengenai “implikasi memberi keterangan benar”.
Selepas enggan memberikan keterangan palsu, Deepak berkata beliau diarahkan untuk dimasukkan ke Hospital Pantai.
Ini dibantu oleh Azeez menerusi doktor yang dikenalinya di sana, tambah Deepak.
Selepas mahkamah memberitahu Shafee ia takkan menerima penangguhan kerana sijil cuti sakit, Deepak berkata beliau kemudian diminta ke New Delhi untuk dirawat di sana walaupun beliau sihat.
Deepak berkata, Najib, Azeez dan Shafee bersalah kerana menghina mahkamah dan menyimpang keadilan sebenar.
“Saya mempunyai rakaman audio dan video untuk menyokong laporan saya.” – 15 September, 2018
Komen