Komander IS arahkan cubaan serangan pengganas di Australia


Serangan itu sepatutnya dilakukan ke atas sebuah penerbangan berlepas dari Sydney pada 15 Julai lalu. – Gambar EPA, 4 Ogos, 2017.

SEORANG komander kanan Kumpulan Militan Negara Syria dan Iraq (IS) memberikan arahan kepada sekumpulan lelaki di Australia untuk membuat bom yang disasarkan kepada penerbangan Etihad Airways yang berlepas dari Sydney, lapor polis hari ini.

Alat letupan buatan sendiri (IED) itu sepatutnya diseludup masuk ke dalam penerbangan pada 15 Julai lalu, tetapi cubaan itu digagalkan sebelum mereka melepasi tapisan keselamatan. Dua lelaki sudah didakwa, dan lelaki ketiga masih disoal siasat.

“Arahan itu datang daripada seorang ahli kanan IS,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Australia Michael Phelan, yang menggelarkan militant itu sebagai “komander” yang berada di luar negara.

Polis juga mengagalkan cubaan kedua melibatkan “alat pembebasan bahan kimia” yang direka untuk membebaskan hidrogen sulfide yang bertoksik. Rancangan ini masih berada pada peringkat awal.

“Kita bukan sahaja menghentikan cubaan untuk membawa masuk EID ke dalam pesawat tetapi kita juga berjaya mengekang sepenuhnya cubaan serangan bahan kimia,” kata Phelan.

Pemimpin IS itu menghantar komponen untuk membuat bahan letupan itu kepada suspek menggunakan perkhidmatan penghantaran antarabangsa, kemudia memberikan arahan membuatnya, dakwa polis.

“Dengan bantuan komander IS, suspek memasang IEAD yang kita percaya berfungsi untuk diletakkan dalam pesawat,” kata Phelan.

Phelan menyifatkan situasi itu sebagai “salah satu rancangan paling rumit pernah dilaksanakan di Australia”.

Empat lelaki ditahan dalam satu serbuan di Sydney pada Ahad lepas.

Dua daripada mereka- adik beradik berusia 32 dan 49 tahun- didakwa pada Khamis lalu dengan dua pertuduhan “bertindak untuk menyediakan atau merancang tindakan keganasan” dan dijangka akan dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Seorang lagi sudah dibebaskan tanpa didakwa dan seorang lagi masih disiasat. – AFP, 4 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen