KARDINAL Donald Wuerl, ketua biskop Washington yang dipersalahkan berikutan tidak cukup melakukan usaha mengatasi kes cabul kanak-kanak di kalangan paderi Pensylvania semalam bersujud sebagai tanda bertaubat dalam sebuah perhimpunan gereja yang didedikasikan kepada mangsa cabul.
“Kami berdoa kepada tuhan terhadap mereka yang menjadi mangsa cabul para paderi dan kurangnya usaha kami terhadap perbuatan terkutuk itu,” kata Wuerl, yang dilaporkan sedang merancang lawatan ke Rome dalam masa terdekat bagi membincangkan peletakan jawatannya dengan Pope Francis.
“Kita mesti bersedia untuk melakukan apa yang perlu, termasuk meletak jawatan. Tindakan dari pihak saya adalah satu aspek penting bagi merawat luka ini, moga dengan itu gereja arcdiocesan yang kita sayangi ini dapat terus berjalan menuju ke hadapan,” tulis beliau dalam sebuah surat kepada paderi-paderi di Washington.
Dalam laporan juri yang dikeluarkan pada Ogos lalu menyatakan tuduhan-tuduhan itu mempunyai kredibiliti yang menyatakan lebih 300 orang paderi terlibat menjadi pemangsa bagi 1000 kes pencabulan kanak-kanak yang cuba ditutup pihak Gereja Katolok di Pennsylvania.
Laporan itu disifatkan sebagai laporan paling komprehensif setakat ini mengenasi kes cacul di gereja Amerika Syarikat.
Walaupun pihak pendakwaraya telah memfail kes terhadap dua orang paderi, dilaporkan sebahagian besar jenayah itu berlaku sejak lama dahulu dan menyukarkan kes tersebut difailkan seterusnya didakwa di bawah undang-undang masa kini.
Dalam laporan tersebut, Wuerl yang juga biskop Pittsburgh sejak 1998 hingga 2006 dipetik beberapa kali sebagai salah seorang pimpinan gereja yang bertanggungjawab menutup skandal itu, beliau berhadapan pelbagai gesaan untuk meletak jawatan termasuklah daripada kalangan paderi.– AFP, 15 September, 2018
Komen