Pope Francis lawat gereja mangsa bunuh Mafia Itali


Pope Francis sedang berkempen memerangi kumpulan jenayah terancang secara besar-besaran . – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 September, 2018.

POPE Francis melawat pulau Sicily di Itali hari ini sebagai penghormatan terhadap seorang paderi yang dibunuh kumpulan mafia 25 tahun lalu.

Paderi itu dibunuh kerana usahanya menyelamatkan remaja-remaja di sekitar kejiranan berpendapatan rendah daripada terjebak ke dalam aktiviti mafia.

Lawatan sebentar paus berwarganegara Argentina itu dilaporkan sebagai sebahagian kempen beliau yang sedang membanteras jenayah kumpulan terancang.

Beliau dijadualkan tiba di Palermo dan menyampaikan ucapan di sana, kemudian akan menuju ke gereja di mana Paderi Giuseppe “Pino” Puglisi pernah berkhidmat. Beliau akan pulang ke Rome di sebelah petang.

Puglisi dikenali sebagai “korban pertama kumpulan Mafia”, ditembak mati pada 15 September 1993, tarikh sama hari kelahirannya yang ke 56.

Beliau dikatakan mengungkap “saya dah lama menunggu kamu” kepada pembunuhnya sebelum mati di hadapan kediamannya.

Pembunuhan beliau terjadi ketika Itali dilanda trauma pembunuhan besar-besaran terhadap hakim-hakim yang anti- Mafia termasuklah hakim Giovanni Falcone dan Paolo Borsellino.

Selama dua tahun sebelum kematiannya Puglisi menjadi ketua gereja di kejiranan Palermo di Brancaccio. Beliau cuba mendekati remaja-remaja tempatan dan menasihati mereka untuk menjauhi dadah dan kumpulan mafia yang membekalkannya.– AFP, 15 September, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen