Pemberontak Boko Haram bunuh lapan orang di Nigeria


Pemberontakan Boko Haram yang masuk tahun kesembilan telah merebak ke Chad, Nigeria dan Cameroon, menyebabkan ribuan orang terbunuh dan dua juta lagi menjadi pelarian. – Gambar EPA, 15 September, 2018.

PENEMBAK Boko Haram membunuh lapan orang ketika menyerang dua buah kampung di timur laut Nigeria untuk mencuri ternakan penduduk, kata militia tempatan.

Pertempuran tercetus apabila penduduk cuba menghentikan tindakan penembak hingga menyebaban lapan orang terbunuh manakala empat lagi cedera, kata jurucakap militia.

Menurutnya lagi, penembak melepaskan tembakan terhadap penduduk yang bersenjatakan parang, pedang serta busur dan anak panah.

Selepas menyerang, mereka membawa haiwan ternakan penduduk ke dalam hutan.

Boko Haram meningkatkan jumlah serangan terutamanya terhadap tentera sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Pada Rabu, ramai pejuang Islam diserang di pengkalan tentera di Damask  yang terletak di utara Borno.

Pemberontakan Boko Haram yang masuk tahun kesembilan telah merebak ke Chad, Nigeria dan Cameroon, menyebabkan ribuan orang terbunuh dan dua juta lagi menjadi pelarian. – AFP, 15 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen