DUA wartawan Britain dan seorang wartawan Argentina dibebaskan semalam selepas ditahan selama lapan jam oleh tentera Venezuela, lapor akhbar kesatuan kebangsaan (SNTP).
Wartawan Argentina, Laura Saravia serta Barney Green dan Dan Rivers dari Britain dibebaskan selepas ditahan secara “incommunicado” (tanpa komunikasi), menurut SNTP di Twitter.
Terdahulu, SNTP berkata mereka ditahan ketika meninggalkan Venezuela selepas berada di negara itu selama tiga hari untuk membuat laporan mengenai pelancongan.
Tiga individu yang diupah sebagai pengawal oleh wartawan tersebut juga ditahan pada Rabu.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Venezuela telah mengusir beberapa wartawan asing yang bekerja di negara itu kerana tidak mempunyai permit.
Venezuela menjadi perhatian wartawan asing yang mahu melaporkan krisis ekonomi dan politiknya sepanjang empat tahun berada di bawah pentadbiran Presiden Nicolas Maduro. – AFP, 15 September, 2018.
Komen