BEBERAPA pekerja pasaraya di Cuba dipecat kerana menjual 15,000 biji epal kepada seorang pembeli di negara yang selalu dilanda kekurangan makanan.
Wartawan akhbar kerajaan Granma melaporkan pada Jumaat, para pekerja yang terlibat diberhentikan selepas berita penjualan itu didedahkan menerusi blog seorang wartawan Cuba, yang menyaksikan kejadian berkenaan di sebuah supermarket di Havana.
Sekumpulan lelaki muda berpakaian ala-tentera muncul di kedai dan membeli 150 kotak yang mengandungi 100 biji epal, menurut wartawan Iorel Sanchez, yang mendakwa ia untuk seorang pelanggan sahaja.
Pembeli membayar 45 sen sebiji, menurut resit yang diterbitkan dalam catatan blog.
Ia bukan kejadian biasa di Cuba - yang kerap dilanda kekurangan makanan asasi termasuk buah, mentega, susu dan bir - bagi peniaga membeli stok makanan yang besar dan menjualnya dengan harga lebih tinggi.
Granma berkata lapan pekerja kedai Cimex Corporation - syarikat kendalian kerajaan - sudah dipecat.
Cuba mengimport hampir semua makanan yang untuk 11 juta rakyatnya, termasuk epal, menurut laman rasmi Cubadebate.
Negara itu sedang melakukan pembaharuan model ekonomi gaya Soviet: perlembagaan baru untuk menggantikan versi 1976 yang diluluskan oleh Parlimen dan dikemukakan kepada perdebatan awam.
Dalam usaha meningkatkan bekalan produk makanannya, kerajaan Cuba baru-baru ini meluaskan kawasan itu dan membenarkan tempoh penanaman kepada petaninya. – AFP, 15 September, 2018.
Komen