Mongolia buka dua makmal uji ketulenan emas


Gambar fail bertarikh 1 Jun 2013 menunjukkan seorang pekerja mengendalikan emas di sebuah pusat memproses emas di daerah Manda, utara Mongolia. – Gambar AFP, 14 September, 2018.

MONGOLIA akan membuka dua makmal menguji ketulenan emas mulai bulan depan, sebagai usaha meningkatkan rizab emas, lapor agensi berita Xinhua pada Jumaat.

“Di makmal itu individu dan pelombong emas boleh memeriksa ketulenan emas mereka,” kata jurucakap bank pusat Ariun Dagva. 

Ia boleh menjimatkan masa dan mengurangkan kos pelombong.

Mogolia melancarkan kempen bagi meningkatkan rizab emas selama lima bulan bermula Jun, bertujuan menggalakkan individu dan pelombong menjual emas ke bank pusat dan bank perdagangan. 

Bank Mongolia berkata pengeluaran emas tahunan negara kekal di bawah 21 tan, sejak ia mencecah rekod tertinggi 25 tan pada 2005.

Bank pusat itu telah membeli 12.2 tan emas dari entiti undang-undang dan individu dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, jumlah sama bagi tempoh Januari-Ogos pada 2017. – Bernama, 14 September, 2018.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen