DR Mahathir Mohamad mengulangi janjinya bahawa bakal Presiden PKR Anwar Ibrahim akan menjadi menggantikan beliau sebagai perdana menteri.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan bekas timbalan perdana menteri itu dan tidak akan memungkiri janjinya untuk menjadikan Anwar sebagai penggantinya.
“Setakat ini hubungan saya dengan Anwar adalah baik,” kata Dr Mahathir kepada pemberita semasa sidang media hari ini.
“Pengganti yang kita telah persetujui adalah Anwar. Saya tidak akan memungkiri janji tetapi tempoh peralihan masih belum pasti,” katanya.
Dr Mahathir berkata beliau menyedari tahap usianya dan tidak akan kekal sebagai perdana menteri untuk tempoh yang lama.
“Tetapi saya sedar yang saya sudah tua, dalam tempoh dua tahun lagi saya akan berusia 95 tahun,” katanya.
Menurut perjanjian PH, Dr Mahathir perlu melepaskan pucuk pimpinan kepada Anwar sebagai perdana menteri.

Tanpa menyatakan tempoh peralihan itu, Dr Mahathir sebelum ini meminta tempoh dua tahun sebelum melepaskan jawatan.
Anwar bertanding untuk kerusi Parlimen Port Dickson sebelum boleh memegang jawatan dalam kerajaan.
Bagaimanapun, Dr Mahathir mengulas kenyataan setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution bahawa Anwar tidak akan memegang mana-mana jawatan dalam kerajaan walaupun telah memenangi kerusi tersebut.
“Apabila Anwar menang nanti, beliau tidak akan meminta jawatan dalam kerajaan, bermakna beliau tidak meminta menjadi menteri.
“Saya mengambil kira perjanjian itu dengan Anwar bahawa beliau (Saifuddin) berkata demikia,” katanya.
Anwar sebelum ini berkata beliau akan menguruskan hal ehwal Parlimen dan melakukan pembaharuan walaupun tidak terlibat dalam kerajaan. – 14 September, 2018.
Komen