Taufan Florence badai pesisir pantai AS


Gambar rakaman taufan Florence dari angkasa lepas yang dikeluarkan oleh Nasa. Pergerakan taufan berkenaan kini dalam pemantauan sebagai langkah persediaan bencana. – Gambar EPA, 14 September, 2018

TAUFAN Florence membadai Carolina pada Jumaat dengan angin kencang, serta ribut yang mampu mengancam nyawa diikuti dengan hujan lebat.

Pengkaji cuaca mengeluarkan amaran kemungkinan banjir dan bencana lain akan menyusul daripada taufan berkenaan, yang hanya berada pada kategori 1 namun mampu memberi ancaman.

Menurut laporan, jalan pesisir pantai di Carolina Utara mengalami banjir serta pokok tumbang ekoran daripada ribut berkenaan.

Hampir 300,000 penduduk di kawasan berkenaan terjejas akibat bekalan elektrik terputus ketika kejadian itu. 

Rakaman stesen penyiaran AS menunjukkan ombak kuat membadai jeti dan tebing serta membanjiri kawasan jalan raya. 

Pusat Hurikan Negara di Miami melaporkan “ribut yang memberi ancaman serta angin kencang melanda” pesisir pantai Carolina Utara. – AFP, 14 September, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen