PEMINDAHAN besar-besaran dari bandar-bandar di utara Boston, Amerika Syarikat dijalankan semalam susulan berpuluh kejadian kebakaran dan letupan gas yang menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang penduduk cedera, manakala seorang kritikal, kata polis.
Polis Massachusetts berkata mereka menerima 70 laporan kebakaran, letupan dan bau gas di di bandar-bandar di pantai Lawrence, Andover dan North Andover.
Polis juga berkata pihak berkuasa telah memotong bekalan elektrik dan meminta penduduk di ketiga-tiga bandar yang menggunakan perkhidmatan Coumbia Gas berpindah dengan segera.
Dalam satu kenyataan semalam, syarikat gas itu berkata ia akan menaik taraf saluran gas di kawasan kejiranan di seluruh negeri.
Datuk bandar Lawrence meminta semua penduduk yang tinggal di bahagian selatan bandar itu meninggalkan rumah masing-masing lebih awal sebelum bekalan elektrik diputuskan. – AFP, 14 September, 2018.
Komen