PEJABAT misi diplomatik Palestin di Washington mengentikan operasi pada Khamis selepas diarahkan Amerika Syarikat (AS) namun berharap penutupan itu hanya untuk sementara.
Para pegawai Jabatan Negara AS pada Isnin mengarahkan pejabat itu ditutup sebagai usaha untuk menekan rakyat Palestin mengadakan rundingan damai dengan Israel.
Ia merupakan titik tegang terbaharu antara Presiden Donald Trump dan rakyat Palestin, yang memutuskan hubungan dengan Washington selepas Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada Disember lepas.
Pejabat itu ditutup pada ulang tahun ke-25 Perjanjian Oslo, iaitu perjanjian pertama antara Israel dan Palestin yang berjanji untuk mengakhiri konflik sejak berdekad lamanya, namun tercemar akibat ketegangan hubungan. – AFP, 14 September, 2018.
Komen