Semua urus niaga di Turki dilarang guna mata wang asing


Nilai lira menurun sebanyak 40% berbanding dolar US sejak awal 2018. – Gambar EPA, 13 September, 2018.

TURKI memutuskan untuk menggunakan lira bagi urus niaga jualan, sewaan dan pajakan dalam usaha mengukuhkan nilai mata wang itu, lapor agensi berita Xinhua.

Menerusi dekri yang ditandatangani Presiden Recep Tayyip Erdogan, menyatakan semua kontrak harta alih dan tak alih serta pajakan kenderaan yang sebelum ini menggunakan mata wang asing akan diganti dengan lira dalam tempoh 30 hari.

Justeru, harga yang dipersetujui berdasarkan mata wang asing dalam kontrak semasa akan ditakrifkan semula dalam masa sebulan.

Erdogan berkata Turki akan mengambil tindakan lanjut untuk membendung turun naik kadar tukaran asing.

“Turki bergelut di tengah-tengah isu yang menjejaskan ekonomi negara tanpa keluar dari sempadan sistem pasaran bebas,’‘tambahnya.

Nilai lira menurun sebanyak 40% berbanding dolar US sejak awal 2018. – Bernama, 13 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen