SEKURANG-kurangnya 18 anggota militan yang setia kepada kumpulan Taliban terbunuh manakala 11 lagi cedera dalam satu serangan udara oleh pasukan keselamatan Afghanistan di wilayah Kandahar yang terletak di selatan negara itu, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai pada Khamis.
Insiden itu berlaku di kawasan Shalghami dan Qala-e-Shamir dalam daerah Maywand apabila pasukan keselamatan Afghanistan mengebom tempat persembunyian militan terbabit pada malam Rabu, menurut jurucakap Kor Tentera 205 Mohammad Sadeq.
Militan Taliban yang menentang pasukan keselamatan Afghanistan belum mengulas laporan itu. – Bernama, 13 September, 2018
Komen