Junta Thailand digesa batal larangan aktiviti politik 


Kumpulan pro demokrasi Thailand mendesak junta tentera membatakan sekatan terhadap aktiviti politik menjelang pilihan raya negara itu. – Gambar EPA, 13 September, 2018

PEMBANGKANG di Thailand pada Khamis menggesa junta yang memerintah negara itu membatalkan larangan ke atas aktiviti politik menjelang pilihan raya pertama sejak rampasan kuasa pada 2014.

Raja Maha Vajiralongkorn mengeluarkan dua usul pada Rabu yang menghapuskan kerenah birokrasi selama bertahun-tahun oleh junta. Pilihan raya perlu diadakan pada Mei depan.

Pengkritik junta mahu mengadakan perhimpunan politik, yang diharamkan sejak rampasan kuasa empat tahun lalu menggulingkan kerajaan Puea Thai yang diketuai Yingluck Shinawatra, perdana menteri wanita pertama Thailand.

“Kami menggesa junta untuk membatalkan sekatan ke atas aktiviti politik secepat mungkin,” kata bekas menteri dalam kabinet Yingluck, Pichai Naripthaphan kepada AFP.

“Menjelang pilihan raya di negara ini, kita perlu wujudkan situasi yang baik bagi membolehkan rakyat menyatakan pendapat mereka.” – AFP, 13 September, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen