PAS tidak bertanding pada PRK Port Dickson 


Chan Kok Leong SM Amin

Ketua Dewan Ulama PAS Mahfodz Mohamed berkata parti Islam itu memutuskan untuk tidak bertanding di Port Dickson dan sedia memberi sokongan kepada parti pembangkang yang bertanding. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 September, 2018

PAS tidak akan bertanding pada pilihan raya kecil Port Dickson dan sedia untuk berkempen bagi pihak Umno, kata ketua Dewan Ulama PAS Mahfodz Mohamed.

“Ia diputuskan malam tadi yang kita tidak akan bertanding di Port Dickson,” kata Mahfodz pada sidang media di Kuala Terengganu hari ini.

PAS mengadakan muktamar tahunannya di Terengganu bermula hari ini.

Beliau berkata keputusan itu masih belum rasmi tetapi parti sudah putuskan malam tadi untuk “membiarkan pihak lain bertanding” dan akan membalas budi Umno kerana memberi sokongan pada pilihan raya kecil Seri Setia.

“Kami akan membalas budi,” kata Dr Muhammad Zawawi Salleh ketika ditanya sekiranya parti Islam itu akan menyokong Umno sebagaimana di Seri Setia dan Balakong.

MIC juga berkata, ia tidak akan bertanding pada kerusi yang mempunyai 42% pengundi Melayu, 33% Cina dan 22% India.

PAS akan membalas budi Umno sekiranya parti itu bertanding di Port Dickson.  – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 September, 2018

Tambahnya, mereka akan berkempen kepada mana-mana calon pembangkang menentang Pakatan Harapan.

“Terdapat persefahaman dalam semua parti pembangkang, termasuk di Sabah dan Sarawak yang kita tidak akan bertanding menentang satu sama lain dalam mana-mana pilihan raya menentang Pakatan,” kata Nik.

Kerusi berkenaan kosong semalam selepas penyandangnya Danyal Balagopal Abdullah meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada presiden yang dipilih Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil. – 13 September, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen