Naomi Osaka tiada kesal, tak kecil hati dengan Serena Williams


Naomi Osaka mengelap air matanya ketika berdiri di sebelah Serena Williams selepas bergelar juara Terbuka AS, susulan Williams mengamuk dengan kekalahannya. – Gambar EPA, 13 September, 2018.

PEMAIN tenis Jepun, Naomi Osaka enggan mengkritik Serena Williams selepas kemenangannya yang bersejarah dalam Terbuka Amerika Syarikat (AS) yang ditenggelami oleh kemarahan pemain AS terhadap pengadil.

Osaka, pemain muda berusia 20 tahun itu meluluhkan hati ramai orang apabila beliau menangis walaupun selepas menewaskan pemain idolanya, Williams dengan mata6-2, 6-4 untuk menjadi juara Grand Slam yang pertama dari Jepun di New York, hujung minggu lalu.

Legenda tenis Jepun Kimiko Date berkata beliau sedih melihat Osaka menahan tangis dan tidak dapat menikmati saat kegemilangannya.

Tetapi selepas pulang ke Jepun hari ini, Osaka bertegas mengatakan tidak berkecil hati terhadap Williams, yang menyelar pengadil Carlos Ramos sebagai “pencuri” dan mengamuk selepas dikatakan melanggar undang-undang.

“Bagi saya, saya tidak rasa sedih kerana saya sendiri tidak tahu apa yang sepatutnya saya rasa,” kata Osaka, yang kini di tangga ketujuh daripada ke-19 dalam ranking dunia.

“Saya tidak fikir yang saya terfikir tentang rasa sedih kerana ia pengalaman untuk saya dalam perlawanan akhir Grand Slam yang lain.

 “Saya fikir saya tidak patut ada sebarang kekesalan. Secara keseluruhan saya rasa gembira dan saya tahu pencapaian saya.”

Osaka, yang akan bertanding di Terbuka Pan Pacific di Tokyo minggu depan juga mendedahkan rancangannya untuk menjadi lima terbaik dunia tahun ini dan memenangi pingat emas dalam Olimpik Tokyo 2020. – AFP, 13 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen