Wartawan Reuters dipenjara kerana langgar undang-undang, kata Suu Kyi


PEMIMPIN Myanmar Aung San Suu Kyi hari ini berkata dua wartawan Reuters yang dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun kerana menyiasat pembunuhan besar-besaran di Rakhine, bukan disabitkan bersalah kerana mereka wartawan, tetapi kerana melanggar undang-undang.

“Mereka dipenjarakan bukan kerana mereka wartawan tetapi kerana mahkamah memutuskan mereka melanggar undang-undang Akta Rahsia Rasmi,” katanya ketika mengulas kali pertama tentang isu itu ketika menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Hanoi. – AFP, 13 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen