Apple umum iPhone XS, dan XS Max


Tiga model baru dari Apple, iPhone XS, XS Max dan XR akan menjengah pasaran akhir bulan ini.– Gambar EPA, 13 September, 2018.

SYARIKAT Apple mengumumkan tiga buah iPhone baru bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran telefon pintar.

Di samping pengumuman itu, Apple turut memperkenalkan model jam pintar baru yang memiliki aplikasi elektrokardiogram dan boleh mengesan aliran darah.

Syarikat gergasi teknologi berpengkalan di California itu mengatakan produk iPhone XS dan iPhone XS Max itu akan dijual akhir bulan ini, dengan harga permulaan ASD999.

Sementara itu, Apple turut mengumumkan harga ASD749 bagi  iPhone XR dengan skrin bersaiz 6.1 inci yang akan dijual pada Oktober ini.

Telefon-telefon pintar itu adalah kemaskini bagi iPhone X yang dikeluarkan tahun lalu, yang menyaksikan ulang tahun ke-10 teknologi peranti pintar.

“Saya fikir Apple berjaya dengan cemerlang,” kata penganalisis GlobalData Avi Greengart selepas meneliti tawaran-tawaran baru yang diperkenalkan syarikat itu di Cupertino, California.

“Tahun ini akan jadi tahun yang baik untuk Apple.” Katanya lagi.

Penganalisis itu menjangka model baru itu akan jadi satu lagi tarikan baru yang boleh meningkatkan jualan telefon pintar Apple.

iPhone baru itu mempunyai pemproses data yang berkuasa tinggi dan beberapa kamera di samping boleh menggunakan dua kad SIM bagi model yang penggunaan berat. Butang ‘home’ diganti dengan sapuan skrin di samping pengenalan wajah.

“Kami mahu bawa iPhone X ke satu tahap lebih tinggi,” kata Ketua Eksekutif Apple Tim Cook.– AFP, 13 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen