Lapangan Terbang Narita ditutup 3 jam kerana ‘bom’


Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun menutup satu daripada dua landasannya hari ini selepas satu bahan dipercayai letupan ditemui ditanam di kawasan berhampiran. – Gambar AFP, 13 September, 2018.

LAPANGAN Terbang Antarabangsa Narita, Jepun menutup satu daripada dua landasannya hari ini selepas satu bahan dipercayai letupan ditemui ditanam di kawasan berhampiran, kata pegawai.

Polis tempatan memeriksa objek yang disyaki itu dan tiada penerbangan dibatalkan, berikutan satu landasan beroperasi seperti biasa sepanjang penutupan tiga jam itu.

“Kontraktor terbabit dalam kerja penggerudian pada waktu malam menemui sesuatu yang kelihatan seperti bahan letupan di dalam tanah,” kata jurucakap lapangan terbang utama di timur Tokyo itu.

Kontraktor menggambarkan objek itu sebagai “sesuatu seperti bahan letupan yang tidak meletup”.

Polis berkata risiko letupan sangat rendah tetapi mereka masih menyiasat.

Lapangan Terbang Narita mengendalikan 40 juta penumpang dan 250,000 penerbangan setahun. – AFP, 13 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen