Dua album Linkin Park kembali mengungguli carta


Penyanyi kumpulan itu, Chester Bennington mati menggantung dirinya Julai lalu. – Gambar EPA, 3 Ogos, 2017.

DUA album Linkin Park kembali memasuki carta 10 album tertinggi di jual di Amerika Syarikat apabila peminat berlumba-lumba membelinya sebagai tanda berkabung atas kematian penyanyi utama kumpulan itu, Chester Bennington.

“One More Light,” album terakhir penyanyi itu berada di kedudukan pertama ketika mula diterbitkan Mei lalu, kembali berada di kedudukan nombor empat di carta Billboard untuk minggu ini.

“Hybrid Theory”- album pertama Linkin Park yang mengungguli carta di AS pada 2001- kembali berada di kedudukan nombor lapan minggu lepas, kata Nielsen Music.

Bennington ditemui mati menggantung diri di rumahnya di Los Angeles pada 20 Julai lalu.

Penyanyi berusia 41 tahun itu sebelum ini bergelut dengan ketagihan arak dan dadah serta trauma penderaan semasa zaman kanak-kanaknya.

Keluarga dan rakan rapatnya menghadiri upacara pengebumian Bennington di Los Angeles yang diadakan secara tertutup. – AFP, 3 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen