9 terbunuh dalam runtuhan lombong arang batu di Pakistan 


Sekurang-kurangnya 18 pelombong terbunuh dalam satu lagi insiden letupan yang berlaku di lombong arang batu kampung Sinjidi berdekatan bandar Quetta pada 13 Ogos lalu.– Gambar EPA, 12 September, 2018

SEMBILAN pelombong arang batu terbunuh manakala empat cedera apabila dinding lombong runtuh pada Rabu di barat laut bandar Darra Adam Khel, Pakistan, kata pihak berkuasa. 

Insiden terbabit merupakan yang kedua terburuk dalam kemalangan lombong arang batu di Pakistan dalam tempoh sebulan itu, berlaku di perkampungan Akhurwal ketika pekerja lombong memasuki lombong berkenaan untuk memulakan kerja, kata pegawai kanan pentadbiran tempatan Shahid Ilyas kepada AFP. 

Beliau berkata, sembilan mayat dan kesemua pekerja lombong kemudian dikeluarkan daripada lombong berkenaan, dua daripada pekerja terbabit mengalami cedera parah. 

Polis tempatan, Muhammad Ejaz mengesahkan insiden itu dan berkata punca runtuhan masih disiasat. 

Lombong arang batu di Pakistan mempunyai standard keselamatan paling teruk. Sekurang-kurangnya 18 pelombong terbunuh dalam satu lagi insiden letupan yang berlaku di lombong arang batu kampung Sinjidi berdekatan bandar Quetta pada 13 Ogos lalu. 

Dalam kejadian yang sama, sekurang-kurangnya 43 orang pelombong di daerah Sorange, Balochistan terbunuh pada 2011. – AFP, 12 September, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen