PRESIDEN Peru, Martin Vizcarra, yang dilantik sebagai presiden pada 23 Mac, berikutan peletakan jawatan Presiden Pedro Pablo Kuczynski umum tidak akan bertanding dalam pilihan raya pada 2021.
Ia berikutan keyakinannya untuk meninggalkan pejabat Perdana Menteri selepas berjaya meletakkan asas kukuh dalam pembangunan negara sepanjang tempoh pentadbirannya.
“Pada 28 Julai 2021, saya akan menyerahkan jawatan kepada pengganti…,” katanya kepada CNN en Español.
Ujarnya lagi, tempoh memegang jawatan Presiden adalah sementara iaitu kurang dari tiga tahun dan akan menyerahkan tanggungjawab kepada orang lain.
Presiden Vizcarra mengambil alih jawatan pada 23 Mac menggantikan Kuczynski (2016-2018), yang meletakkan jawatan di tengah-tengah skandal politik.
“Saya tidak akan bertanding pada 2021 dan akan menjadi rakyat biasa,” katanya sambil menyifatkan anggota Kongres yang kini mengemukakan rang undang-undang mengharamkan rejim pemilihan presiden sebagai membuang masa.
Julai lepas, pegawai tertinggi mencadangkan diadakan pungutan suara bagi menentukan sama ada warga Peru mahu anggota parlimen dipilih semula.
Majoriti rakyat menyokong pembaharuan dicadangkan Presiden Martin Vizcarra yang kini menunggu untuk dibahaskan di Kongres.– Bernama, 12 September, 2018
Komen