SEORANG doktor di London didakwa kerana melakukan lebih 100 kesalahan seksual, antara mangsanya ialah kanak-kanak, kata polis semalam.
Manish Shah,47, didakwa dengan 118 pertuduhan termasuk serangan seksual ke atas seorang kanak-kanak bawah 13 tahun.
Doktor di Romford, timur London itu didakwa dengan 65 pertuduhan rogol dan 52 tuduhan serangan seksual, kata Polis Metropolitan.
Polis tidak mengesahkan sama ada kes itu adalah sebahagian daripada operasi besar-besaran membanteras jenayah seksual.
Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) di Britain sudah mewujudkan talian telefon untuk orang awam “yang mempunyai persoalan atau kebimbangan” tentang kes itu.
Lokasi serangan dan jumlah sebenar mangsa tidak boleh dilaporkan kerana sekatan pihak berkuasa.
Shah dijangka hadir untuk perbicaraan pada 31 Ogos depan. – AFP, 3 Ogos, 2017.
Komen