Satu-satunya lapangan terbang berfungsi Libya ditembak roket


Lapangan Terbang Mitiga di Tripoli sering menjadi sasaran pihak militan bersenjata di Libya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 September, 2018.

BEBERAPA roket ditembak ke arah satu-satunya lapangan yang berfungsi di Tripoli, ibu negara Libya malam semalam.

Serangan itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan dan kerosakan, kata sumber dari lapangan terbang itu awal hari ini.

Lapangan Terbang Antarabangsa Mitiga dibuka semula setelah terpaksa ditutup seminggu ekoran pertembungan berdarah antara kumpulan militan di sekitar Tripoli.

Kapal terbang Libyan Airlines diubah perjalanan ke lapangan terbang Misrata terletak 200 kilometer di timur ibu negara itu, kata sumber. Persediaan untuk memindahkan kapal terbang di Tripoli ke Misrata turut dilaporkan sedang dilaksanakan.

Lapangan Terbang itu dibuka semula pada hari Jumaat setelah gencatan senjata yang dimulakan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ditandatangan antara kumpulan-kumpulan bersenjata.

Persetujuan bersama yang termeterai yang dihormati oleh semua pihak. Ia bagaimanapun menyaksikan beberapa pertembungan kecil di kawasan selatan ibu negara itu pada Selasa lepas.

Pada Ogos lepas, sekurang-kurangnya tiga roket mendarat di kawasan lapangan terbang sehingga memaksa staf mengubah perjalanan kapal terbang ke daerah Misrata. – AFP, 12 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen