AS ikrar ambil tindakan tegas terhadap sekutu Iran


AS tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap proksi-proksi Iran di Iraq.– Gambar fail The Malaysian Insight, 12 September, 2018.

RUMAH Putih memberi amaran untuk bertindak ke atas Iran yang dianggap bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti keganasan militan yang mempunyai hubungan dengan Tehran,

“Selama beberapa hari sebelum ini, kami menyaksikan serangan-serangan di Iraq termasuk konsulat AS di Basrah dan kawasan kedutaan AS di Baghdad,” kenyataan itu dipetik sebagai berkata.

 “Iran tidak berusaha untuk menghentikan serangan proksi-proksi yang dinaunginya di Iraq dalam bentuk dana, latihan dan senjata.”

Tiga mortar ditujukan ke arah zon hijau di Baghdad yang menempatkan pihak berkuasa Iraq dan kedutaan Amerika Syarikat.

Pihak bertanggungjawab bagi serangan yang jarang berlaku itu belum dikenalpasti. Ia bagaimanapun dilaporkan tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kerosakan menurut pihak berkuasa Iraq.

 “Pihak AS menganggap rejim Iran bertanggungjawab bagi setiap serangan yang mengakibatkan kecederaan pegawai atau kerosakan ke atas kemudahan awam kerajaan AS,” kata kenyataan itu lagi.

 “AS akan bertindak tegas bagi mempertahankan nyawa warga Amerika.”

Sejak Donald Trump mengambil alih pentadbiran Rumah Putih pada awal 2017, Washington sentiasa memantau Iran dan menuduh negara itu bertanggungjawab de atas keadaan tidak stabil di Timur Tengah.

Presiden dari parti Republik itu dilaporkan mengumumkan Washington akan berundur secara unilateral daripada perjanjian nuklear yang ditandatangan bersama Tehran dan kuasa-kuasa global lain pada 2015. – AFP, 12 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen