Permohonan ikat jamin jurugambar Bangladesh ditolak


Shahidul Alam, 63, ditahan pada 5 Ogos kerana membuat kenyataan "palsu" dan "provokatif" di Al Jazeera dan Facebook Live semasa bantahan pelajar di Dhaka. – Gambar EPA, 11 September, 2018.

MAHKAMAH Bangladesh menolak permohonan ikat jamin bagi jurugambar terkemuka dan aktivis hak asasi, Shahidul Alam yang ditahan sehingga mencetuskan bantahan di peringkat antarabangsa, kata peguamnya hari ini.

Shahidul ditahan pada 5 Ogos kerana membuat kenyataan “palsu” dan “provokatif” di Al Jazeera dan Facebook Live semasa bantahan pelajar di Dhaka.

Kumpulan hak asasi, pakar hak hak asasi PBB, pemenang-pemenang Hadiah Nobel dan ratusan ahli akademik menggesa Shahidul, 63, yang berkata dipukul ketika dalalam tahanan, dibebaskan.

Selepas Mahkamah Tinggi negara itu menolak permohonan tersebut minggu lepas, peguam-peguam jurugambar itu mengemuka permohonan kepada hakim mahkamh sesyen hari ini.

“Tetapi mahkamah menolah permohonan ikat jamin tersebut,” kata peguam Shahidul, Sara Hossain sambil menambah mahkamah tidak memberikan alasan mengapa permohonan ditolak.

Pendakwa, Abdullah Abu berkata permohonan ikat jamin Alam dibantah kerana beliau menghasut orang ramai pada bantahan itu dengan mengeluarkan komen berbaur hasutan terhadap kerajaan.

“Beliau berkata kerajaan sekarang mesti ditumbangkan,” kata Abdullah.

Alam memberitahu Al Jazeera bahawa bantahan pelajar itu adalah akibat kemarahan mereka terhadap “kerajaan yang tidak dipilih… yang berpegang kepada kuasa kejam”.

Beliau kini disiasat atas dakwaan melanggar undang-undang Internet Bangladesh yang digubal pada 2006 dan diketatkan pada 2016, yang pengkritik sifatkan untuk menghapis perbezaan pendapat serta menganggu wartawan. – AFP, 11 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen