Duterte pertahan tindakan polis tembak mati datuk bandar


Presiden Filipina Rodrigo Duterte melancarkan perang ke atas jenayah membabitkan dadah habis-habis yang belum pernah dilakukan negara itu. – Gambar EPA, 2 Ogos, 2017.

PRESIDEN Filipina Rodrigo Duterte hari ini mempertahankan serbuan polis menyebabkan kematian seorang datuk bandar terlibat dengan pengedaran dadah bersama 14 yang lain.

Tiga datuk bandar ditembak mati selepas didakwa terbabit dalam pengedaran dadah.

Kumpulan hak asasi manusia menggesa ahli Parlimen menyiasat pembunuhan Datuk bandar selatan Ozamiz di Mindanao, Reynaldo Parjinog bersama 14 yang lain dalam serbuan pada Ahad.

Duterte bagaimanapun menolak kritikan ke atas serbuan itu, termasuk mengapa ia dijalankan pada waktu malam.

“Polis boleh menyerbu bila-bila masa yang dirasakan sesuai untuk menangkapnya. Saya akan menyokong pasukan polis,” katanya.

“Saya akan menjawabnya dan mengatakan saya memberikan arahan untuk serbuan itu.

“Mengapa menyalahkan polis? Siapa yang bodoh mahu jalankan perniagaan dadah di siang hari?”

Duterte, 72 melancarkan operasi yang tidak pernah dilakukan negara itu ke atas jenayah yang sangat popular di Filipina sehingga mencetuskan kritikan antarabangsa.

Sejak dia mengambil alih pemerintahan setahun lalu, polis dilaporkan membunuh hampir 3,200 orang dalam usaha membanteras dadah.

Lebih 2,000 orang terbunuh dalam jenayah yang membabitkan dadah, menurut data polis.

Kumpulan hak asasi itu berkata Duterte mungkin lebih mengutamakan jenayah berbanding kemanusiaan.

Duterte menamakan Parjinog tahun lalu sebagai antara datuk bandar, anggota polis dan hakim yang terbabit dalam pengedaran dadah.

Dalam serbuan Ahad lalu, polis berkata kejadian berbalas tembakan berlaku selepas Parjinog melepaskan tembakan ke arah mereka, dakwaan itu bagaimanapun dinafikan keluarganya.

Tiada anggota polis cedera, hanya seorang mengalami cedera ringan. – AFP, 2 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen