Iraq hukum gantung 7 pesalah disabit dengan 'keganasan'


Seorang askar Iraq di depan tembok bercat bendera Islamic State (IS)pada April 2015. Iraq menghukum 13 militan IS yang mendakwa bertanggungjawab membunuh lapan orang awam pada Jun lalu. – Gambar EPA, 11 September, 2018.

IRAQ melaksanakan hukuman gantung terhadap tujuh rakyatnya yang disabitkan dengan “keganasan”, kata ketua kementerian kesihatan di wilayah selatan Dhi Qar pada Isnin.

Dr Abdel Hassan al-Jabri berkata kesemua mayat tujuh lelaki itu dihantar ke rumah mayat pada Isnin di hospital negeri Nassiriya.

Mereka dibicarakan dan disabitkan bersalah berhubung dakwaan “keganasan”, katanya.

Pada Disember tahun lalu, Iraq mengisytiharkan “kemenangan” ke atas kumpulan militan Islamic State (IS) selepas perang tiga tahun terhadap pelampau yang pernah menguasai hampir satu pertiga negara itu.

Pada Jun, Iraq menghukum 13 militan selepas IS mendakwa bertanggungjawab membunuh lapan orang awam.

Iraq berulang kali berdepan kritikan daripada kumpulan hak asasi manusia antarabangsa berhubung jumlah hukuman mati yang tinggi yang dijatuhkan mahkamah anti pengganasnya.

Pada 2017, sekurang-kurangnya 111 banduan digantung di Iraq dan tahun ini 44 orang. – AFP, 11 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen