Lebih sejuta penduduk dipindahkan sebelum Taufan Florence membadai


Imej satelit menunjukkan Taufan Florence di luar pantai timur Amerika Syarikat di Lautan Atlantik. – Gambar AFP, 11 September, 2018.

LEBIH sejuta penduduk diarahkan berpindah susulan amaran laluan Taufan Florence yang akan membadai pantai timur Amerika Syarikat dengan kekuatan 140 batu (220 kilometer) sejam.

Gabenor Carolina Selatan Henry McMaster mengarahkan pemindahan mandatori pada Isnin terhadap berikutan ramalan taufan pada Kategori 4 itu akan membadai pada Khamis.

“Ini adalah taufan yang sangat berbahaya,” kata McMaster pada sidang akhbar.

“Kami tidak mahu membahayakan satu nyawapun penduduk Carolina Selatan dalam taufan ini,” katanya, mengumumkan pemindahan sepanjang pantai hampir 200km bermula pada tengahari (1600 GMT) pada Selasa.

Gabenor Carolina Utara juga turut mengarahkan pemindahan dari Outer Banks, destinasi pelancongan yang popular, dan sebahagian penduduk Dare County, ketika darurat diisytiharkan di Virginia.

Taufan Florence mempunyai potensi menyebabkan bencana banjir di kawasan bahagian timur Amerika Syarikat kini mengalami hujan lebat dan mungkin ribut terkuat yang membadai rantau ini dalam beberapa dekad.

Berada pada Kategori 4 dengan skala angin badai Saffir-Simpson tahap lima, Florence berada 525km dari tenggara tenggara Bermuda dan pusat taufan itu dianggarkan melalui Bermuda dan Bahamas pada Selasa dan Rabu, kata Pusat Taufan Nasional (NHC ) dalam kenyataannya pada jam 5 petang (2100 GMT).

Taufan Florence kini sedang bergerak ke arah barat dengan kelajuan sekitar 13 batu sejam.

“Florence terus berkembang dengan pesat,” kata NHC. “Ia dijangka menjadi taufan besar yang sangat berbahaya sehingga Khamis.”

Presiden Donald Trump menulis mesej kepada penduduk yang berada pada laluan ribut, menggesa mereka memberi perhatian kepada amaran para pegawai negeri dan tempatan.

“Kepada rakyat Amerika Utara yang luar biasa, Carolina Selatan dan seluruh Pantai Timur - ribut kelihatan sangat buruk!” tulisnya, yang membatalkan acara yang dirancang pada Jumaat di Jackson, Mississippi, susulan ribut yang semakin menghampiri. – AFP, 11 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen