Polis Sudan selamatkan 85 kanak-kanak mangsa sindiket penyeludupan manusia


Gambar bertarikh 10 April 2018 menunjukkan anggota Interpol melakukan serbuan di Georgetown, Guyana, on April 7, 2018. – Gambar Interpol, 10 September, 2018.

POLIS Sudan menyelamatkan hampir 100 orang, 85 daripada kanak-kanak, selepas membongkar satu sindiket penyeludupan manusia di timur laut negara Afrika itu bulan lalu, lapor Interpol hari ini.

Dua lelaki dan 12 wanita turut ditahan selain kira-kira wang berjumlah AS$20,000 (RM84,000) dirampas dalam operasi di beberapa lokasi di Khartoum.

Mangsa yang diselamatkan, antaranya seusia 10 tahun, berasal dari beberapa negara Afrika termasuk Chad, Republik Demokratik Congo, Eritrea dan Niger.

“Pelbagai kerakyatan mangsa yang diselamatkan itu menunjukkan betapa serius isu penyeludupan manusia yang memerlukan kerjasama antarabangsa,” kata Tim Morris, pengarah perkhidmatan polis untuk Interpol yang beribu pejabat di Lyon, Perancis. – AFP, 10 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen