POLIS Perancis menahan seorang pemandu lelaki yang menceroboh lapangan terbang Lyon hari ini, dalam aksi kejar-mengejar di landasan lapangan terbang itu.
Sebelum menceroboh landasan, lelaki itu pada awalnya merempuh pintu kaca di terminal lapangan terbang itu.
Tiada kecederaan dilaporkan tetapi semua penerbangan masuk dan keluar di lapangan terbang itu terpaksa ditangguhkan.
Sumber polis berkata, motif lelaki berkenaan berbuat demikian belum dapat dipastikan.
Rakaman video insiden itu menunjukkan beberapa buah kenderaan polis termasuk helikopter digunakan untuk mengejar suspek. – AFP, 10 September, 2018.
Komen