SELEPAS berjaya menjuarai Grand Slam, kemenangan bersejarahnya dalam pertandingan tenis terbuka Amerika Syarikat (AS), Naomi Osaka bakal menjadi pemain tenis dunia pertama dari Jepun, ramal pemain tenis Jepun terkemuka, Kimiko Date.
Walaupun detik kegemilangan Osaka diselubungi dengan kesedihan Serena Williams menerusi keputusan 6-2, 6-4, pemain berusia 20 tahun itu menunjukkan dia mampu menundukkan pertandngan itu, dan menjadi pemenang bersiri, kata Date.
“Bermain seperti itu untuk pertandingan akhir kali pertama di Grand Slam, dia sangat mengagumkan,” kata Date.
“Untuk kekal bertenang seperti itu, dari ketika melangkah ke gelanggang hingga ke mata terakhir, ia bukan mudah,” kata bekas pemain nombor empat dunia itu, yang pernah bertanding di peringkat separuh akhir Wimbledon pada 1996.
“Jika dia terus mengembangkan cara yang dilakukannya sepanjang dua minggu lalu dan kekal bermotivasi, dia boleh menjadi pemain dunia Jepun yang pertama.”
Osaka, yang mengakui peminat Pokemon dan sifat nakalnya menjadikan dia disukai ramai, dijangka mendaki dari tangga ke-19 ke tempat ketujuh dalam ranking selepas ini, dan menjadi wira untuk rakyat Jepun yang masih bersedih ketika ini akibat taufan dan gempa bumi.
Menjadi pemain pertama Jepun untuk menawan gelaran juara Grand Slam, Osaka menangi pertandingan WTA pertamanya di Indian Wells pada Mac ketika penyampaian pialanya menjadi viral – “Ini akan jadi ucapan paling teruk,” katanya malu-malu.
Osaka yang berketurunan Haiti dan Jepun dibesarkan di AS, menjawab soalan dari media Jepun dalam bahasa Inggeris dengan sedikit loghat Caribbean, kerap kali meminta maaf kerana bahasa Jepunnya sangat asas.
Tetapi Osaka meletakkan tenis Jepun pada peta dunia dengan kemenangan mengejutnya terhadap Williams, yang mengejar rekod memegang mahkota Grand Slam untuk kali ke-24.
Osaka bakal mengambil alih kuasa tenis wanita dengan kuasanya tersendiri – pemain Asia, pemain Jepun,” kata Date yang bersara pada usia 46 tahun.
“Anda boleh nampak Serena sangat berhati-hati dengan kuasa Osaka.”
Mesej ucapan tahniah melimpah ruah untuk Osaka, termasuk Twitter daripada Kei Nishikori, yang menjadi pemain lelaki Jepun pertama sampai ke perlawanan akhir Grand Slam pada Terbuka AS 2014.
Selepas membawa pulang hadiah AS$3.8 juta, pendapatan Osaka dijangka meningkat dalam tempoh dua tahun, daripada AS$1.5 juta kepada lebih AS$15 juta, menurut Forbes.
Ia akan menjadi ujian bagaimana reaksinya kepada menjadi terkenal tiba-tiba, bermula dengan pertandingan Terbuka Pan Pacific di Tokyo, hujung bulan ini.
Tetapi, sikap santunnya pada majlis penutup Grand Slam pada Sabtu lalu sangat mengagumkan.
Walaupun Williams mengamuk, menggelar pengadil Carlos Ramos sebagai “pencuri” selepas melanggar peraturan, hingga menghempas raketnya, Osaka tetap tenang.
Selepas pertandingan itu, Osaka menunjukkan sisi lembutnya, menangis ketika “boo” dilemparkan kepadanya oleh peminat Williams.
Date berkata reaksi penonton dan peminat selepas kemenangan Osaka benar-benar menyebabkan gadis itu tidak dapat menikmati pencapaiannya.
“Untuk suasana bertukar seperti itu selepas kemenangan besar pertama Osaka, ia sangat menyedihkan. Untuk memikirkan bagaimana perasannya tidak dapat menikmati kemenangan dengan sempurna, dan melihatnya menangis benar-benar buat saya sedih,” kata Date. – 10 September, 2018.
Komen