SUSPEK kes pembunuhan bersiri di Jepun yang dikenali sebagai ‘pembunuh Twitter’, didakwa atas sembilan pertuduhan kes bunuh hari ini.
Takahiro Shiraishi, 27, mengaku membunuh kesemua sembilan mangsanya, lapan daripadanya merupakan wanita berusia antara 15 hingga 26 tahun.
Takahiro mendapat gelaran itu kerana tindakan ganasnya membunuh dan mengerat mangsa yang diumpan menerusi media sosial selain menyimpan cebisan mayat mangsa di dalam peti sejuk.
Kes itu terbongkar pada hujung Oktober tahun lalu apabila polis menemukan rumah yang digunakan untuk menyimpan kesemua mayat mangsa di belakang rumah Takahiro.
Turut ditemukan 240 tulang mangsa yang disimpan di dalam kotak sejuk dan kotak pertukangan.
Suspek dipercayai menggunakan Twitter untuk mengumpan mangsa yang cenderung mahu membunuh diri dengan menghulurkan bantuan kepada mangsa atau menyatakan kesanggupannya untuk mati bersama.
Pihak pendakwa raya mengenakan dakwaan itu selepas suspek menjalani ujian psikitiari selama lima bulan bagi menunjukkan Takahiro boleh didakwa atas perbuatannya. – AFP, 10 September, 2018.
Komen