HANYA beberapa hari sebelum ulang tahun serangan 11 September, kereta api sekali lagi melalui stesen bawah tanah New York City yang tertimbus apabila menara berkembar World Trade Center runtuh 17 tahun lalu.
Orang ramai bersorak, bertepuk tangan dan merakamkan acara itu apabila kereta api tiba dan berhenti di stesen berkenaan.
Stesen Cortlandt dibuka semula pada Sabtu dalam laluan Nombor Satu yang digambarkan New York Times sebagai “bahagian utama terakhir dalam usaha bandar itu untuk membina semula apa yang hilang.”
Stesen itu terletak di bawah World Trade Center, yang menara kembarnya runtuh selepas ditembak pesawat yang dirampas oleh militan Al-Qaeda.
Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan mula membina semula stesen itu pada 2015, lapor Times.
Serangan 9/11 meragut hampir 3,000 nyawa di Amerika Syarikat dan membawa kepada pelancaran perang jangka panjang yang dahsyat di Iraq dan Afghanistan - negara yang masih dibelenggu keganasan dan ketidakstabilan hingga ke hari ini. – AFP, 10 September, 2018.
Komen