Presiden Moldova terlibat nahas, dikejarkan ke hospital


Presiden Moldova mengalami kecederaan akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya. – Gambar EPA, 9 September, 2018.

PRESIDEN Moldova Igor Dodon dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan akibat terlibat dalam kemalangan hari ini.

Kejadian itu berlaku kira-kira 50 kilometer ke utara ibu negara Chisinau dan dipercayai berpunca akibat jalan licin.

Menurut kenyataan rasmi, pemandu kereta presiden turut mengalami kecederaan selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan terbalik.

Dodon yang menjadi presiden sejak 2016, hanya mengalami luka calar dan lebam, kata kenyataan itu. – AFP, 9 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen